Welcome to My Website

Semua tulisan di dalam weblog yang diambil untuk paparan di mana-mana medium sama bercetak atau secara maya, hendaklah disertakan sekali pautan kepada weblog ini.

Masa...

Ditulis oleh kawakib_duriyah Selasa, Jun 01, 2004

Masa itu emas, itu akan keluar dari mulut kita apabila sebut pasal masa. Ramai dari kalangan kita yg tak jaga masa dia, termasuk aku yg tunggang langgang. Ada pernah fikir, mengapa Allah s.w.t jadikan masa utk kita. Atau ada yg fikir masa itu terjadi dengan sendiri, masa juga makhluk ciptaan Allah s.w.t. ia memang boleh dirasa pergerakannya tapi tidak boleh dilihat, dibau dan dirasa dgn lidah. Jadi mcmana masa itu, masa adalah satu makhluk ciptaan Allah s.w.t yg diciptakan untuk manusia merasai kewujudan-Nya. Masa adalah satu sistem peraturan dunia yg Allah s.w.t jadikan kepada manusia untuk mengetahui sejauhman manusia mengurus masa itu.
Bagaimana maksud masa itu, masa adalah satu set perubahan-perubahan yg berlaku dalam satu-satu peristiwa. Jika anda kata peristiwa malam, maka ia akan bermula selepas terbenam matahari dan anda akan lihat bulan dan bintang-bintang berkelip, dan bulan akan bergerak ke ufuk barat, dan akan terbit matahari pula. Jika anda menunggu dan memerhati anda akan merasai pergerakan masa itu tanpa melihat jam. Bagaimana hebat masa ciptaan Allah s.w.t. Adakah kita mahu berkata ia tiada kena mengena dgn kita, siapa kita mahu berkata demikian. Kita sedang tidur kita sedang berada dalam masa. Masa itu adalah sistem Allah s.w.t ciptakan utk kita. Mana mahu lari…?

Jika anda berjalan dan berlari, maka anda sedang menggunakan masa, masa memang pasangan kepada ruang dan gerak. Jika anda keluar dari bilik anda, anda telah memakan masa beberapa saat kerana anda bergerak. Jika anda duduk tetap, degup jantung anda adalah perubahan-perubahan yg berlaku dan ia berlaku dengan masa. Mana mahu lari…?

Yakinilah kita hanya hamba Allah s.w.t yg hanya mahu melihat kita berjaya mengharungi sistem yg Dia ciptakan, Dia bukan berniat main-main dan sia-sia, apalah guna jika Dia jadikan semua itu sia-sia belaka.

1 Responses to Masa...

  1. Tanpa Nama Says:
  2. 1st time aku masuk blogger ni. best gak kau karang pasal MASA.. aku mmg dok cari idea pasal topik ni utk feature aku.. naper ko tak letak nas2 atau dalil2 skali? senang skit kerja aku. tapi aku bukan nak ciplak ko punyer keje ler..aku kena buat feature untuk ruangan agama, bab ni lemah ler skit. anyway, aku doakan semoga ko teruskan perjuangn yang murni ini.